Haji Ismail Bin Awang.. org yg aku kenal sebagai ayah sejak kecil.. seorang yg kehidupan mase kecilnya penuh berliku, berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, cekal, kreatif, bekerja keras.. merantau dari terengganu ke johor pada usia 12 tahun untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.. dari kerja nelayan, buruh kasar, pekerja kilang kain, berniaga kecil-kecilan dan pelbagai lagi... demi mencari sesuap nasi dan membesarkan 7 orang anak untuk mengenal erti kehidupan.. berleter demi memahamkan anak2 tentang cabaran hidup.. ayah mmg kuat membebel dan itu menjadikan kami lebih rapat dengan mak yg lebih sporting dan pendiam.. tapi bila aku dah dewasa ni baru aku paham sebab ape ayah jadi mcm tu.. die mengajar kami untuk berdikari dan tidak terlalu manja.. itu menjadikan aku lebih kuat untuk hidup. sentiasa mengingatkan kami tentang solat dan tuhan walau kami sudah dewasa (kerana kami selalu lupa)... skarang ayah dah pencen. duduk rumah bermain2 dengan cucu n menjahit mengisi masa lapang.. ayah tetap menjadi idola aku sampai bila2...
"Ya Allah, Kau Lindungilah Bapaku, Panjangkan Umurnya, Sihat Sentiasa, Murahkan Rezekinya, Teguhkan Imannya, jadikan dia dikalangan umat mu yang beriman dan ahli syurga" amin..
SELAMAT HARI BAPA pada ayah.. sayang ayah...
SELAMAT HARI BAPA kepada semua yg bergelar bapa didunia ni.. U ROXS
Read more...